Sejarah Briged Izzuddin al-Qassam

Latar Belakang

Pada 1984, Syeikh Ahmed Yassin, Ibrahim al-Makadmeh, Syeikh Solah Syahadah, dan lain-lain mula membuat persiapan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan bersenjata untuk menghalang kawalan penjajahan Israel, dengan tumpuan kepada mengumpul senjata untuk kegiatan penentangan akan datang. Anggota kumpulan ini, walau bagaimanapun, telah ditahan dan senjata mereka telah dirampas.[23]

Pada 1986, Solah Syahadah telah membentuk sebuah jaringan kumpulan penentang, digelar al-Mujahidun al-Filastiniun ('Pejuang Palestin'), yang menyasarkan kepada "pengkhianat" dan askar Israel. Jaringan ini beroperasi sehingga 1989, dengan operasi mereka yang terkenal apabila berjaya menculik dan membunuh dua tentera Israel: Avi Sasportas dan Ilan Saadon.[23][24]

Hamas secara rasminya ditubuhkan kemudian, iaitu pada 14 Disember 1987. Pada 1992, semasa sedang Intifadah Palestin Pertama (1987–1994), Briged Izzuddin Al-Qassam ditubuhkan untuk menyediakan kepada Hamas dengan kemampuan ketenteraan, yang kemudiannya dikenali sebagai cabang ketenteraan kepada Hamas.[23][25]

Susunan slogan Izzuddin Al-Qassam (Ini adalah jihad,kemenangan atau syahid) dan briged al-Qassam juga menganggapnya sebagai slogan tidak rasmi, dan sering meletakkan nya di penghujung kenyataannya.

Rujukan

WikiPedia: Briged Izzuddin al-Qassam http://www.qassam.ps/specialfile-246-An_interview_... http://qassam.ps/news-2420-Al_Mabhouh_killers_used... https://ecfr.eu/special/mapping_palestinian_politi... https://www.aa.com.tr/en/middle-east/al-quds-briga... https://www.bbc.com/news/world-middle-east-1333152... https://web.archive.org/web/20141111223719/http://... http://www.qassam.ps/aboutus.html https://archive.org/details/historyofmodernm00clev https://archive.org/details/historyofmodernm00clev... https://web.archive.org/web/20121231035019/https:/...